Desak Shahrizat undur Bung_Mokhtar_Radin

Pada 3 Disember 2011, semasa Perhimpunan Agung UMNO 2011, beliau sekali lagi menggesa Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meletak jawatan kerana menjadi liabiti kepada kerajaan BN dan UMNO. Isu kontroversi projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) di Gemas dengan pinjaman mudah RM250 juta dikaitkan dengan suami dan anak-anaknya.[10]Pembangkang mendedahkan operasi NFC mengalami kerugian tetapi NFC membeli dua buah kondominum mewah di Bangsar, membiayai percutian keluarga Shahrizat ke luar negara, dan pakej umrah. Terbaru, NFC didedahkan membeli kereta Mercedes berharga RM534,622 serta dua bidang tanah berharga RM3,363,507 di Putrajaya.[11] Namun , Shahrizat menafikan dia terlibat malah mencabar Wan Azizah Wan Ismail meletak jawatan kerana kesalahan suaminya. Timbalan Ketua Polis Negara Malaysia Datuk Seri Khalid Abu Bakar mendakwa tiada unsur pecah amanah atau penyelewengan dalam penggunaan dana untuk NFC.[12]

Rujukan

WikiPedia: Bung_Mokhtar_Radin http://www.indiaenews.com/asia/20080509/116907.htm http://www.malaysiakini.com/news/120116 http://www.malaysiakini.com/news/129730 http://www.taipeitimes.com/News/world/archives/200... http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/... http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=586... http://thestar.com.my/lifestyle/story.asp?file=/20... http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/5/... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt...